Thursday 4 June 2009

Program-Program Unit Operasi Dakwah Yang Akan Dijayakan Sepanjang Jun Ini

4 Jun-Bulan Jun merupakan bulan yang padat dengan aktiviti-aktiviti Unit Operasi Dakwah SPI, JPN Kedah seperti berikut:

1. Ihtifal Bahasa Arab akan diadakan pada 17 Jun di daerah Baling/Sik(SMKA Baling)
2. Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Guru dan Forum Pendidikan akan diadakan pada 18 Jun
di Daerah KBB.(Masjid Selama)
3. Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri Kedah pada 20 Jun 2009 di SMK Batu Lima , Jalan
Jeniang Gurun (Kategori Sekolah Rendah) dan Petronas Ferterlizer, Gurun(Kategori Sekolah
Menengah)
4. Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia
akan diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2009 di Kem PLKN, Jalan Panchor, Bukit Besar, Kulim
Kedah.

Semoga program yang dirancang akan berjalan mengikut perancangan, dan akan melahirkan Golongan Khaira Ummah(خــــير أمة)

Penyelaras Ihtifal SMKA san SABK di SMKA Baling

KEDAH JUARA MTQSS KALI KE-35!!!!

Barisan pegawai bersama piala-piala yang dimenangi
Kontinjen Kedah meraikan kemenangan
Ketua Sektor SPI Kedah sedang menerima Piala Johan Keseluruhan



Tahniah kepada kontinjen Kedah yang telah merangkul kejuaraan keseluruhan MTQSS kali ke-35 di Ipoh, Perak. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak khususnya barisan jurulatih yang telah bertungkus lumus melatih para peserta sehingga kejayaan gilang gemilang ini dapat dicapai.

AHLAN WA SAHLAN!

Assalamualaikum! Ahlan Wa Sahlan ke Blog Unit Operasi Dakwah JPN Kedah. Moga kewujudan blog ini akan dapat membantu pihak kami menyebarkan informasi dan maklumat mengenai pelaksanaan program unit ini. adalah diharapkan juga para pengunjung blog ini untuk sama-sama menyokong dan mencurahkan idea demi memantapkan program dakwah dalam kalangan warga pendidikan di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya.